Cara buat biskut Tutku dari negara Turkey

Cara buat biskut Tutku dari negara Turkey
Tutku adalah biskut tradisional negara Turkey berbentuk seperti roda yang menarik dengan inti coklat cair. Kanak-kanak pastinya sangat menyukainya. Dewasa sering mengidamkan biskut ini. Ia kelihatan hebat dan comel di atas pinggan untuk dijadikan sebagai makanan ringan pada waktu pagi atau minum petang.

Dalam artikel kali ini saya berkongsikan resepi dengan pembaca akan resepinya. Sukar juga saya mencari dan merujuk dari pelbagai sumber dan akhirnya saya bertanya kepada seseorang dari luar negara. Dia adalah seorang Muslim Jerman yang ada perkaitan dengan negara Turkey. Terima kasih kepada beliau atas resepi yang diberitahu olehnya pada saya. 

Asalnya di dalam bahasa Inggeris serta mungkin ada bahasanya yang tidak tepat tetapi saya cuba terjemahkannya dan membuat penambahbaikkan mengikut pemahaman saya ke dalam bahasa Melayu sebaik mungkin.  Mohon maaf andai ada bahagian penerangan yang anda kurang faham.

Bahan-bahan

1 biji telur
2 sudu besar krim cecair
1 sudu besar tepung jagung
150 gr. marjerin (suhu bilik)
1/2 cawan serbuk gula
2.5 cawan tepung
Ekstrak vanila 1 sudu teh
1 paket serbuk penaik
1 secubit garam
Nutella (coklat)

Cara Membuat :

1. Campurkan telur, krim, garam, marjerin, tepung jagung, gula, vanila dan serbuk penaik, secara beransur-ansur.

2. Kita mendapat doh yang lembut, tetapi tidak melekat di telapak tangan anda.  

3. Ambil "segumpal" kecil doh berkenaan. Tekan doh sehingga kepingan menjadi lebih kurang sebesar kacang walnut.

4. Letakkan 1 sudu kecil Nutella di tengah-tengah kepingan doh berkenaan dan teruskan dengan helaian doh yang lain.  Bentuk biskut ini terpulang pada anda sendiri sama ada ingin mengikut bentuk seperti di dalam gambar di atas atau bentuk lain.

5. Untuk membakarnya, letakkan doh berinti coklat Nutella di atas dulang pembakar yang disapu sedikit minyak masak dan bakar ia dalam ketuhar pada suhu 170 darjah selama 15 ke 20 minit atau sehingga keperangan.
Kredit

Cara keluar dalam Group WhatsApp

Cara keluar dalam Group WhatsApp
 
Aplikasi permesejan "mobile gadget" adalah salah satu saluran perhubungan pilihan (selain dari sms, panggilan suara dan video) kepada para pengguna alat elektronik mudah alih seperti tab yang berkeupayaan telefon serta telefon pintar. Kebanyakkan jenama atau syarikat yang mewujudkan aplikasi ini menawarkan khidmat percuma (dengan terma dan syarat tertentu).

Salah satu aplikasi yang sedang hangat dan terlajak popular pada masa kini ialah WhatsApp. Di dalam WhatsApp, selain daripada "chat" individu, ia turut menawarkan chat berkumpulan.  Ini bermakna sesiapa yang menyertai atau berdaftar dengan kumpulan chat tertentu di dalam WhatsApp akan menerima sebarang kemaskini dari semasa ke semasa.

Anda akan mengetahui adanya cerita dan perkembangan terkini kumpulan tertentu di dalam WhatsApp dengan adanya bunyi tertentu pada peralatan anda. Ini ada ketikanya menggangu tumpuan dan emosi anda jika anda menyertai kumpulan yang cergas berborak.  Malah lebih malang lagi jika tab atau telefon anda tidak dapat menampung keperluan memori atau kelajuan proses pada ketika itu, menyebabkan tab atau telefon menjadi "hang" (tergantung / terhenti).

Jika anda tidak mahu lagi mengambil bahagian dalam chat berkumpulan pada Whatsapp, anda boleh keluar dengan mudah dari kumpulan berkenaan dengan melakukan seperti berikut:

1. Aktifkan aplikasi "Whatsapp"

2. Pada senarai berbual (chat), ketik (klik) sekali secara berterusan dalam jangka masa beberapa saat pada nama kumpulan yang anda ingin meninggalkannya.

3. Ketik "Delete and exit Group" untuk meninggalkan kumpulan chat.
Kredit

Siapakah Yakjuj dan Makjuj

Siapakah Yakjuj dan Makjuj-selama hampir 1400 tahun, umat Islam telah bertanyakan perihal yang salah mengenai Yakjuj dan Makjuj.  Soalan yang biasa diajukan ialah "Siapakah Yakjuj dan Makjuj?".  Itu soalan yang tidak tepat dan salah.  Seperlunya mereka bertanya "Apakah Yakjuj dan Makjuj?".
 
Siapakah Yakjuj dan Makjuj
 
Yakjuj dan Makjuj sebenarnya jauh lebih menakutkan daripada apa yang mungkin anda pernah bayangkan.  Tiada satupun jenis teknologi senjata dalam sejarah hidup manusia dapat menghalang atau menewaskannya.  Yakjuj dan Makjuj mempunyai kekuatan yang dasyat dan menggerunkan. 

Zulkarnain iaitu seorang raja yang soleh dan hidup di era Nabi Ibrahim A.S juga tidak mampu menewaskan Yakjuj dan Makjuj walaupun dia mempunyai bala tentera yang sangat kuat pada zaman itu.  Yang hanya mampu dilakukan beliau ialah dengan menyekat Yakjuj dan Makjuj dengan sebuah tembok besi.  Itu sahajalah cara yang paling berkesan menyekat kemaraan Yakjuj dan Makjuj.

Walaupun telah berjaya "mengurung" Yakjuj dan Makjuj, Zulkarnain memberi amaran tembok besi yang dibinanya akan musnah pada masa akan datang.  Yakjuj dan Makjuj akan menghancurkan tembok besi yang menjadi penghalangnya.  Umat Islam di seluruh dunia menantikan peristiwa yang menakutkan ini.
Cuba anda bayangkan betapa kuatnya Yakjuj dan Makjuj menghancurkan tembok besi yang mengurungnya selama ini. Apabila Yakjuj dan Makjuj terlepas dari tempat pengurungannya, kita hanya boleh berdoa kepada Allah SWT agar terselamat daripada "serangannya". 

Kegagalan membongkar misteri Yakjuj dan Makjuj adalah berpunca dari kesilapan generasi terdahulu yang mencetuskan persoalan "Siapakah Yakjuj dan Makjuj?".  Dalam Al Quran tidak pernah menggambarkan Yakjuj dan Makjuj sebagai makhluk atau kaum perosak.

Jika ditelaah dengan teliti, dua perkataan Yakjuj dan Makjuj lebih membawa maksud sejenis bencana yang merosakkan bumi. Dua perkataan iaitu Yakjuj dan Makjuj hanya dinyatakan dalam Al Quran sebanyak dua kali sahaja iaitu pada surah Al Kahfi (ayat 94) dan Al Anbiya' (ayat 96).

“Mereka berkata, „Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu membuat kerosakan di atas Bumi maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu supaya kamu membuat tembok di antara mereka dan kami?‟” – [18 : 94]

“Sehingga apabila Yakjuj dan Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21 : 96]

Daripada kisah Al-Quran, kita semua tahu Zulkarnain telah membina sebuah tembok atau empangan untuk melindungi suatu kaum dari ancaman Yakjuj & Makjuj.

“Berkata : "Apa yang Tuhanku meneguhkan kepadaku adalah lebih baik maka bantulah aku dengan kekuatan dan aku akan membuatkan satu tembok antara kamu dan antara mereka” – [18 : 95]

Tembok ini dibina oleh Zulkarnain untuk memisahkan Yakjuj & Makjuj daripada mengancam kehidupan kaum tersebut.

Zulkarnain telah menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelamatkan kaum ini dengan membina sebuah empangan besi.  Kekuatan besi tidak mampu ditandingi oleh Yakjuj & Makjuj.

Tetapi yang menjadi persoalannya ialah jika Yakjuj & Makjuj adalah makhluk, mengapa "mereka" berdiam diri sahaja semasa pembinaan tembok besi itu?  Jadi untuk memecahkan kebuntuan ini, kita patut mengubah soalannya daripada "siapakah"kepada "apakah" Yakjuj & Makjuj. 

Sekarang mari kita lihat beberapa lagi ayat Al-Quran dan fakta bahasa untuk mengkaji sifat-sifat Yakjuj & Makjuj.

#1 : Terletak di antara dua gunung. Yakjuj & Makjuj muncul ketika Zulkarnain melintasi satu kawasan di antara dua buah gunung. "Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung .................” – [18 : 93]

#2 : Merosakkan permukaan Bumi. Kemunculan Yakjuj & Makjuj menyebabkan kerosakan di atas permukaan Bumi. “Mereka berkata, "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj membuat kerosakan di Bumi …………” – [18 : 94]

#3 : Boleh disekat dengan empangan. Yakjuj & Makjuj tidak boleh dimusnahkan dengan menggunakan senjata, tetapi boleh disekat dengan tembok atau empangan. “……… aku akan membuatkan satu tembok antara kamu dan mereka‟.” – [18 : 95]

#4 : Mempunyai sifat menyala. Perkataan "Yakjuj" mempunyai huruf akar "alif-jim" yang membawa pengertian "nyalaan".

#5 : Bergerak seperti gelombang. Perkataan "Makjuj" mempunyai huruf akar "mim-jim" yang membawa pengertian "gelombang"

#6 : Turun dari lereng-lereng tinggi. Yakjuj & Makjuj akan turun dari lereng- lereng tinggi semasa kemunculannya yang akan datang. “Sehingga apabila Yakjuj dan Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21 : 96]

#7 : Akan muncul semula dari bawah tanah. Yakjuj & Makjuj akan menghancurkan empangan besi yang mengurungnya dari bawah tanah. “……… tetapi apabila janji Tuhanku datang Dia menjadikannya hancur dan janji Tuhanku adalah benar." – [18 : 98]

Sekarang cuba anda fikirkan dengan minda terbuka, apakah yang :

#1 : Terletak di antara dua gunung.
#2 : Merosakkan permukaan bumi.
#3 : Boleh disekat dengan empangan.
#4 : Mempunyai sifat menyala.
#5 : Bergerak seperti gelombang.
#6 : Turun dari lereng-lereng tinggi.
 #7 : Akan muncul semula dari bawah tanah.

Jika minda anda masih terperangkap dengan pandangan tradisional, pasti anda akan menjawab Yakjuj & Makjuj adalah kaum perosak yang tinggal di bawah tanah.  Seperti yang telah saya nyatakan di awal slide ini, Yakjuj & Makjuj bukan "siapakah" tetapi "apakah".
Jika Yakjuj & Makjuj adalah makhluk, pasti Zulkarnain tidak mampu menyiapkan pembinaan tembok besi tersebut.
Ini bermakna Yakjuj & Makjuj sangat berbeza daripada apa yang digambarkan kepada kita oleh pengkaji terdahulu. Anda mahu tahu apakah yang dimaksudkan dengan Yakjuj & Makjuj?

Yang sebenarnya Yakjuj &Makjuj ialah sejenis bencana alam yang keluar dari bawah permukaan Bumi.

Dua perkataan Yakjuj & Makjuj digunakan sebagai istilah kepada sejenis bencana alam dalam bahasa kaum yang ditemui Zulkarnain.

Bahasa kaum ini tidak sama dengan bahasa Zulkarnain. “Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung dia mendapati di bahagian sisi mereka terdapat satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan.” – [18 : 93]

Tetapi Zulkarnain masih memahami permintaan kaum ini kerana dia melihat bagaimana Yakjuj & Makjuj memusnahkan penempatan mereka.

Keperluan membina empangan menunjukkan Yakjuj & Makjuj adalah suatu bencana alam yang mengalir di atas permukaan Bumi.

Hanya terdapat satu kaedah sahaja untuk menyekat aliran Yakjuj & Makjuj iaitu dengan membina empangan.
Empangan ini mesti dibuat daripada besi dan tembaga kerana sifat Yakjuj & Makjuj yang menyala dan bergelombang.

Hanya besi dan tembaga sahaja mampu menahan aliran Yakjuj & Makjuj daripada memusnahkan permukaan Bumi.
Tetapi saya masih belum beritahu anda apakah sebenarnya entiti bernama Yakjuj & Makjuj ini.

Untuk mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Yakjuj & Makjuj, kita imbas semula pengertian dua perkataan ini.

Mempunyai sifat menyala. Perkataan "Yakjuj" mempunyai huruf akar "alif-jim" yang membawa pengertian "nyalaan". 

Bergerak seperti gelombang. Perkataan "Makjuj" mempunyai huruf akar "mim-jim" yang membawa pengertian "gelombang".

Untuk memudahkan pemahaman anda, kita terjemahkan dua perkataan Yakjuj & Makjuj kepada Bahasa Melayu iaitu : "Gelombang Yang Menyala".  Sekarang kita gantikan dua perkataan Yakjuj & Makjuj kepada "gelombang yang menyala" ke dalam surah Al-Kahfi dan Al- Anbiya.

“Mereka berkata, Hai Zulkarnain, sesungguhnya gelombang yang menyala itu membuat kerosakan di atas Bumi maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu supaya kamu membuat tembok di antara mereka dan kami?" – [18 : 94]

“Sehingga apabila gelombang yang menyala dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21 : 96]

Masihkah anda ingat mata pelajaran Geografi yang dipelajari di sekolah menengah dahulu? Apakah bencana alam yang melibatkan "gelombang yang menyala"? Sudah pasti anda akan menjawab : LETUSAN GUNUNG BERAPI
Pelajar sekolah menengah tingkatan 3 pun tahu tentang ini.  Apabila meletus, sesebuah gunung berapi itu akan memuntahkan sejenis batuan lebur yang dikenali sebagai "lava".  Lava mempunyai sifat menyala dan mengalir seperti gelombang.

Ini bermakna Yakjuj & Makjuj adalah satu istilah kepada perkataan lava yang melimpah dari dua buah gunung berapi.  Lava tidak boleh dimusnahkan tetapi alirannya boleh disekat dengan pembinaan empangan. Kaedah sekatan lava yang digunakan oleh Zulkarnain sama seperti yang anda boleh lihat dalam filem "Volcano".

Dalam filem ini, aliran lava disekat dengan penghadang konkrit yang bertindak sebagai empangan.
Inilah situasi yang sama dihadapi oleh Zulkarnain.  Kaum yang ditemui Zulkarnain sedang ditimpa bencana gunung berapi.

Seperti fenomena pusaran angin, masyarakat di Barat menggelarnya sebagai "tornado" tetapi di Malaysia ianya dikenali sebagai "puting beliung". Dua perkataan "puting" dan "beliung" digunakan kerana perbezaan istilah di antara Bahasa Melayu dan Latin. Orang Latin hanya menggunakan satu perkataan sahaja iaitu "tornado". 

Tetapi penggunaan lebih satu perkataan dalam sesuatu bahasa itu tidak menjadikan puting beliung dan tornado sesuatu yang berlainan.  Begitu jugalah dengan penggunaan dua perkataan Yakjuj & Makjuj.  Ia ditulis secara berpasangan kerana Yakjuj & Makjuj merupakan satu entiti (bukan 2) iaitu lava.

Ketidakfahaman pengkaji terdahulu terhadap pengertian Yakjuj & Makjuj adalah disebabkan kerana mereka tidak mengetahui tentang volcanology – satu bidang kajian khusus mengenai gunung berapi.  Mungkin ada antara kita yang sedang mengalami konflik kerana bertentangan dengan kepercayaan anda selama ini.

Pembinaan empangan lava bukanlah satu perkara yang aneh dalam sejarah manusia.  Di Jepun dan Indonesia terdapat banyak empangan lava dibina oleh pihak kerajaan sebagai persediaan menghadapi bencana gunung berapi.  Apabila sesebuah gunung berapi itu meletus, aliran lava akan disekat dengan puluhan sistem empangan konkrit dan memberi lebih masa kepada penduduk di sekitarnya menyelamatkan diri.

Zulkarnain telah menggunakan kaedah yang sama seperti di Jepun dan Indonesia hari ini untuk menyekat limpahan lava dari dua buah gunung berapi yang sedang aktif.  Walaupun kaum ini telah diselamatkan oleh Zulkarnain, tetapi Yakjuj & Makjuj akan muncul semula sebelum Hari Kiamat.

Penempatan kaum ini terletak di antara dua gunung berapi yang sedang aktif. “Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung dia mendapati di bahagian sisi mereka terdapat satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan.” – [18 : 93]

Kemunculan kali kedua Yakjuj & Makjuj ialah letusan gunung berapi raksasa atau supervolcano. Apabila supervolcano meletus, kesannya akan mengancam manusia di seluruh dunia. Yakjuj & Makjuj adalah malapetaka yang akan berlaku pada skala global.

Tuhan telah memberi amaran kepada kita tentang bencana maha dahsyat ini :

"Maka berjaga-jagalah akan satu hari apabila langit mendatangkan asap yang jelas menutupi manusia ini adalah azab yang pedih." - [44:10]

"Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu kemudian kamu akan mengetahui bagaimanakah dengan amaranKu?" - [67:17]

"Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat bumi menelan kamu sedang ia bergoncang?" - [67:16]

Ayat-ayat Al-Quran ini menunjukkan ciri- ciri kemusnahan dari letusan gunung berapi raksasa yang akan berlaku tidak lama lagi.  Lokasi tembok Yakjuj & Makjuj yang terletak di antara dua buah gunung berapi. Ia terletak di sebuah kawasan yang terletak di penghujung empayar Zulkarnain.  Zulkarnain ialah seorang raja dari sebuah empayar yang berdekatan dengan Tanah Arab.  

Mengikut sejarah, empayar ini sangat terkenal kerana memiliki teknologi pembinaan tembok seperti empangan, kubu- kubu pertahanan dan sebagainya.  Binaan-binaan empayar ini masih kukuh dan boleh dilihat dari Russia sehingga ke Iran pada hari ini. 

Untuk mengetahui lebih mendalam cerita pendedahan eksklusif berkenaan dengan Yakjuj dan Makjuj, ia ada dijual dalam bentuk e-book.  Sila klik banner di bawah
Kredit

Ketahui punca orang korea pakai baju ada ayat Al-Quran


 

Ketahui punca orang korea pakai baju ada ayat Al-Quran

Ketahui punca orang korea pakai baju ada ayat Al-Quran-punca Wanita Korea Bagai Baju Bertulis Ayat Al-Quran- Pengguna laman sosial digemparkan dengan penyebaran foto seorang wanita tanpa segan silu memakai baju bertulis ayat suci Al-Quran. Orang awam yang melihat kejadian itu mempersoalkan tindakan wanita berkenaan yang didakwa tidak menjaga sensitiviti umat islam.

Inilah gambar wanita memakai baju yang tertera ayat Al-Quran seperti yang tersebar di laman sosial:


 
Dan ini pula penjelasan sebenar disebalik isu ini:


Ternyata, wanita tersebut tidak sedar atau mungkin tidak faham apa yang tertulis pada baju tersebut dan tidak wajar sekiranya kita bertindak menyalahkan beliau dalam hal ini.

Dalam hal ini, pereka baju tersebut juga harus dipersalahkan kerana membuat baju yang sedemikian rupa.

Pak Arab Tegur Ah So Pakai Baju Bertulis Al-Quran-Tidak dapat dipastikan bila atau dimana kejadian ini berlaku kerana hanya ada dua keping gambar yang tersebar.Bagi untie ni mungkin dia tak perasan baju sensitif  yang dipakainya.Dia hanya tersenyum kita gambarnya diambil.Seandai dia tahu bahaya memakai baju  yang mengundang sensitif ramai orang islam ini ..


 

Siapa agaknya yang cetak baju ni?perlu dicari..


Kredit

Kilang roti kotor saksikan

Kilang roti kotor saksikan-satu lagi berita dan gambar kilang yang jijik beredar di media sosial secara viral dan menjadi trending. Kilang tersebut dikhabarkan adalah kilang roti Sunshine yang jijik di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak. 
Betul ke tidak, geng Trending Malaysia tidak pasti tetapi melalui gambar pertama di atas, kita boleh nampak dengan jelas lori-lori syarikat Sunshine tersusun depan kilang.



Kami rasa sudah sampai masanya kesemua kilang makanan yang besar begini di wajibkan untuk mendapatkan sijil GMP (good manufacturing practice) bagi menjaminkan kebersihan dan keselamatan persekitaran tempat penyediaan makanan.

Kilang roti kotor saksikan

Keselamatan makanan mementingkan pengendalian, penyediaan, dan penyimpanan makanan dengan cara yang sesuai bagi menghalang penyakit bawaan makanan. Ini termasuk beberapa rutin yang perlu diikuti oleh pemegang sijil GMP bagi mengelakkan bahaya keracunan makanan.


Dalam mengejar keuntungan perniagaan, kerajaan perlu memupuk amalan kesedaran kepada pihak pengeluar makanan, menghormati pemikiran pengguna bahawa makanan harus selamat di pasaran dan kebimbangan lain pengguna mengenai tahap kebersihan dan kesucian makanan yang dikeluarkan. Jika persekitaran adalah kotor begini, pengguna juga hairan bagaimana sijil halal boleh diberi.


Mungkin sudah tiba masanya kerajaan mewajibkan kilang-kilang makanan ini memohon sijil ISO 22000. Ia adalah satu standard yang dibangunkan oleh Pertubuhan Antarabangsa dan khusus untuk keselamatan makanan. 


Bagaimanakah kilang yang jijik dan kotor begini masih boleh beroperasi dan terus menghasilkan makanan untuk pasaran pengguna Malaysia yang majoritinya adalah umat Islam.


Itu adalah satu tanda tanya yang besar. Sudah pasti penyebaran gambar ini juga adalah melalui orang dalam, mungkin kerana tidak puas hati dengan syarikat.

Janganlah tunggu sampai bila ada isu dengan syarikat baru nak bongkar rahsia. Jika anda bekerja dengan syarikat begini selama ini, anda juga bersubahat.


Sekarang kita tunggu sampai kes ini menjadi lebih panas supaya wartawan ceduk masuk akhbar utama dan pihak berkuasa keluar pejabat untuk menyiasat.
Kredit

Lelaki terjun Bangsar Shopping Centre

Lelaki terjun Bangsar Shopping Centre



Kejadian yang berlaku di Bangsar Shopping Centre itu menggemparkan pengunjung pasaraya berkenaan.



Gambar kejadian tersebut kini telah tersebar di laman sosial.

Amaran: Grafik ini mungkin tidak sesuai untuk sesetengah orang. Jangan teruskan ke bawah.


Lelaki terjun Bangsar Shopping Centre


Lelaki berkenaan dipercayai terjun dari tingkat empat pasaraya berkenaan kemudian jatuh di hadapan kiosk ais krim Morelli Gelato.
Kredit

Pekerja restoran makan lipas

Pekerja restoran makan lipas-seorang pelanggan yang tidak puas hati terkejut apabila seorang pekerja restoran sanggup memakan lipas untuk membuktikan serangga itu tidak memudaratkan.

Pekerja restoran makan lipas
 
Kejadian berlaku apabila seorang lelaki, Zhang makan di sebuah restoran di sini menemui lipas dalam hidangannya. Ekoran penemuan yang menjijikkan itu, pelanggan itu membuat aduan dan mengharapkan ganti rugi.
Seorang pekerja wanita sebaliknya memberitahunya: “Di restoran mana juga kamu makan, pasti kamu menemui lipas dan ia perkara biasa.” 

 Zhang yang berang dengan penjelasan wanita berkenaan menyuruhnya memakan lipas itu.

Pelayan menyahut cabaran Zhang dengan memakan serangga berkenaan.

Zhang yang terkejut dengan tindakan wanita itu segera membayar makanan itu.

Sejurus selepas itu, pemilik restoran memohon maaf kepada Zhang dan menegaskan tindakan akan dikenakan terhadap pekerja itu dengan memotong gajinya.

Pemilik kedai menjelaskan mungkin lipas itu termasuk ke dalam makanan kerana ditiup udara panas ketika memasak.

Ini bukan kali pertama pekerja restoran berjaya mengaburi kesilapan yang berlaku dengan melakukan aksi luar biasa. Mei lalu seorang pengurus restoran memakan kondom yang ditemui di dalam ikan yang dihidang kepada seorang pelanggan. - Agensi
Kredit

Perhatian ada penipuan kad kredit di hotel

Perhatian ada penipuan kad kredit di hotel-siapa sangka kegembiraan bercuti di hotel boleh bertukar musibah apabila anda mungkin kehilangan wang hanya dengan menerima satu panggilan telefon yang didalangi oleh sindiket penipuan.

Perhatian ada penipuan kad kredit di hotel

Kebelakangan ini, terdapat satu sindiket penipuan licik yang memperdaya penginap hotel dengan membuat panggilan ke bilik hotel secara rambang bagi mendapatkan maklumat kad kredit mereka.

Modus operandi yang digunakan:
1. Mangsa menginap di sebuah hotel dan telah membuat pembayaran menggunakan kad kredit.

2. Ahli sindiket akan membuat panggilan ke hotel tersebut sebelum meminta disambungkan ke mana-mana bilik secara rambang.

3. Semasa berada dalam bilik, mangsa menerima panggilan telefon yang kononnya daripada “front desk” hotel, berkenaan masalah pengesahan kad kredit.

4. Ahli sindiket akan memperdaya memastikan mangsa untk percaya panggilan tersebut adalah daripada “front desk” hotel dengan gaya percakapan yang profesional.

5. Mangsa diminta membacakan semula nombor kad kredit dan membuat pengesahan tiga digit nombor di belakang kad kredit yang telah digunakan.

6. Mangsa yang percaya akan memberikan semua maklumat kewangan yang diminta oleh ahli sindiket.

Nasihat polis:
1. Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada sekiranya menerima apa-apa panggilan yang meminta maklumat kewangan terutamanya maklumat kad kredit.

2. Ambil sedikit masa untuk bertanyakan beberapa soalan kepada pemanggil dan rujuk kepada orang ketiga (ahli keluarga/rakan) sebelum memberikan sebarang maklumat atau respon.

3. Dinasihatkan urusan pengesahan kad kredit hanya dibuat secara bersemuka di kaunter.

Lihat anjing tertinggi di dunia

 
Lihat anjing tertinggi di dunia-seekor anjing bernaa Freddy baru berusia 18 bulan dan sudah mempunyai tinggi 2,4 meter ketika berdiri dengan kaki belakangnya, membuatnya setinggi pemegang rekod dunia “Anjing Tertinggi di Dunia”, Zeus.

 Tinggal di Essex, England bersama pemiliknya, Claire Stoneman, Freddy juga merupakan anjing terbesar di Great Britain.
Walaupun tanpa berdiri di atas kaki belakang, ia adalah cukup tinggi, kepala boleh berada di atas sinki dapur dan minum dari paip.




Lihat anjing tertinggi di dunia




Kredit
 Apa janji yahudi kepada palestin

Apa janji yahudi kepada palestin

 Apa janji yahudi kepada palestin-ISRAEL dinisbahkan sebagai bangsa Yahudi yang disebutkan dalam al-Quran, terkenal dalam sejarah sebagai bangsa yang kejam, ganas dan biadab. Mereka banyak membunuh utusan Allah termasuk para anbia-Nya.
 
 Apa janji yahudi kepada palestin
 
Mereka juga telah disumpah Allah sebagai kera yang hina dina dalam kisah tersohor pelanggaran hari Sabat (Sabtu).

Sejak peristiwa tersebut, sehingga menjelang tahun 1948, dengan disokong oleh kuasa-kuasa besar dunia, mereka mulai merampas dan mengganyang bumi Palestin dari pendudukan bangsa Arab sehinggalah sekarang.

Hal ini telah dirakamkan al-Quran yang bermaksud: Orang Yahudi dan Nasarani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka. (al-Baqarah: 120).


Sikap Perdana Menteri Israel dalam isu Palestin

Berikut adalah pernyataan dari para Perdana Menteri Israel sejak dahulu hinggalah ke hari ini, kesinambungan sifat-sifat dan kriteria peribadi mereka.

*DAVID BEN GURION (1948- 1954 dan 1955 -1963).

–Kita harus mengusir orang-orang Arab dan mengambil tempat mereka. (Ben Gurion and the Palestine Arabs, Oxford University Press, 1985).

–Kita harus menggunakan keganasan, pembunuhan, intimidasi, penyitaan tanah, dan penebangan semua layanan sosial untuk membersihkan Ghoyim dari penduduk Arabnya. (Mei 1948, untuk Staf Umum. Dari Ben Gurion, A Biography, oleh Michael Ben Zohor, Declacorte, 1978, New York).

–Ada anti Semitisme, Nazi, Hitler, Auschwitz, tapi apakah itu kesalahan mereka? Mereka melihat tapi satu hal: Kami telah datang dan kita telah mencuri negara mereka. Mengapa mereka menerima itu? (Nahum Goldmann di Le Juif Paradox (The Paradox Yahudi), halaman 121-122).

–Desa Yahudi dibangun di tempat desa-desa Arab. Anda bahkan tidak tahu nama desa-desa Arab, dan saya tidak menyalahkan anda kerana buku-buku geografi tidak ada lagi. Tidak hanya buku-buku Arab yang tidak ada, desa-desa Arab juga tak ada lagi di sana. Nahlal muncul di tempat Mahlul, Kibbutz Gvat di tempat Jibta, Kibbutz Sarid di tempat Huneifis, dan Kefer Yehushua di tempat Tal al-Shuman. Tidak ada satu tempat yang dibangun di negeri ini yang tidak memiliki hubungan dengan pemiliknya, penduduk Arab. (The Jewish Paradox, oleh Nahum Goldmann, Weidenfeld dan Nicolson, 1978, halaman 99).

–Jangan mengabaikan kebenaran di antara kami sendiri, politik kami adalah penyerang dan mereka membela diri. Negara ini milik mereka, kerana mereka tinggal di situ, sementara kami ingin datang ke sini dan hidup nyaman, dan dalam pandangan mereka, kami ingin mengambil negara mereka. (halaman 91-92, Chomsky’s Fateful Triangle, yang dimuat dalam Simha Falapan’s Zionisme dan Palestina, halaman 141-2, mengutip sebuah pidato tahun 1938).

–Kalau saya tahu bahawa sangat mungkin untuk menyelamatkan anak-anak Jerman dengan mengangkut mereka ke Inggeris, dan setengahnya memindahkan mereka ke tanah Israel, saya akan memilih yang terakhir, bukan hanya kerana kebohongan tentang jumlah anak-anak ini, tetapi juga perhitungan sejarawan dari umat Israel. (halaman 855-56, dalam Ben Gurion Shabtai Teveth).

*GOLDA MEIR (1969-1974).

–Tidak ada yang namanya orang Palestin. Ini bukan kerana jika kami datang dan mengusir mereka dan mengambil negeri mereka. Mereka tidak ada. (Laporan The Times, 15 Jun, 1969).

–Bagaimana kita boleh mengembalikan wilayah-wilayah pendudukan? Tak ada seorang pun yang akan memulangkannya kepada mereka sendiri. (8 Mac, 1969).

–Setiap orang yang berbicara untuk membawa kembali para pengungsi Arab juga harus mengatakan bagaimana ia bertanggungjawab untuk itu, jika ia tertarik pada negara Israel. Lebih baik bawa segala sesuatunya dinyatakan secara jelas dan terang : Kami tidak akan membiarkan ini terjadi. (Dalam pidato di Knesset, dilaporkan dalam Ner, Oktober 1961).

–Negara ini ada sebagai pemenuhan janji yang dibuat oleh tuhan sendiri. Akan jadi kurang siuman jika bertanya kepada pemiliknya sendiri. (Le Monde, 15 Oktober, 1971).

*YITZHAK RABIN (1974-1977 dan 1992-1995).

–Kami berjalan keluar, Ben Gurion menyertai kami. Allon mengulangi pertanyaannya: “Apa yang harus dilakukan terhadap penduduk Palestin?” Ben Gurion melambaikan tangannya sebagai isyarat yang mengatakan: “Usir mereka!” (Dari memoir Rabin, New York Times, 23 Oktober, 1979).

–Israel dalam 10 atau 20 tahun ke depan akan memindahkan perkongsian Jalur Gaza dan Tebing Barat ke Jordan. Untuk mencapai ini kami harus mencapai kesepakatan dengan Raja Hussein, dan tidak dengan Yasser Arafat. (David Shipler di York Times, 1983/04).

*MENACHEM BEGIN (1977-1983).

–Orang Palestin adalah binatang buas yang berjalan di atas dua kaki. (Amnon Kepeliouk, Begin and the Beasts, New Statesman, 25 Jun, 1982).

–Pemisahan Palestin adalah tidak sah. Ini tidak akan pernah diakui. Jerusalem akan selama-lamanya menjadi ibu kota kami. Eretz Israel akan dikembalikan kepada orang-orang Israel. Semuanya. Selamanya. (Sehari setelah pemungutan suara PBB untuk memisahkan Palestin).

*YIZHAK SHAMIR (1983-1984 dan 1986-1992).

–Para pemimpin masa lalu kami meninggalkan pesan yang jelas untuk menjaga Eretz Israel dari Laut sampai ke Sungai Jordan untuk generasi yang akan datang, untuk imigrasi Yahudi, dan bagi orang-orang Yahudi, yang semuanya akan dikumpulkan dalam negara ini. (Dinyatakan pada upacara peringatan Tel Aviv untuk mantan pemimpin Likud, November, 1990, Jerussalem Domestic Radio Service).

–Penyelesaian tanah Israel adalah inti dari Zionisme. Tanpa penyelesaian, kami tidak akan memenuhi Zionisme Sederhana. (Maariv, 21 Februari 1997).

–(Orang Palestin) akan hancur seperti belalang, kepala mereka akan hancur menimpa batu dan dinding. (Dalam pidato untuk pemukim Yahudi, New York Times, 1 April, 1988).

*BENJAMIN NETANYAHU (1996-1999 dan 2009 - sekarang).

–Israel harus mengeksploitasi penindasan daripada demonstrasi di China, ketika perhatian dunia terfokus pada negara itu, untuk melakukan pengusiran massa antara orang-orang Arab dari wilayah ini. (Berbicara dengan mahasiswa di Universiti Bar Ilan, dari jurnal Israel Hotam, 24 November, 1989).

*ARIEL SHARON (2001-2006).

–Ini adalah tugas para pemimpin Israel untuk menjelaskan kepada pendapat umum, dengan jelas dan berani, dengan sejumlah fakta yang melupakan waktu. Yang pertama adalah bahawa tidak ada Zionisme, penjajahan, atau Negara Yahudi tanpa pengusiran orang Arab dan perampasan tanah mereka. (Agence France Presse, 15 November, 1998).

–Semua orang harus bergerak, berlari dan mengambil sebanyak-banyaknya puncak-puncak bukit milik Palestin untuk memperbesar permukiman Yahudi, kerana segala sesuatu yang kita ambil sekarang akan tetap menjadi milik kita. Segala sesuatu yang tidak kita ambil, akan tetap menjadi milik mereka. (Agence France Presse, 15 November, 1998).

Tidak hairanlah kalau mereka dan para tenteranya bertindak agresif dan ganas merampas tanah milik Palestin, membunuh, memenjarakan rakyat Palestin di bumi Gaza dan lain-lainnya, atas alasan mereka mendirikan negara Israel di bumi Palestin. - utusan online
Kredit : idasyuhada.blogspot.com

Nelydia Senrose menangis di khalayak ramai

Nelydia Senrose menangis di khalayak ramai
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan lagi suami isteri. Ops. Ini bukan pertama kali rasanya hubungan Nelydia Senrose & Qi Razali didkatakan mempunyai masalah namun mereka berdua masih teguh bersama dan memegang janji untuk mendirikan rumahtangga bahagia hingga ke akhir hayat.

Menerusi Rotikaya hari ini, Nelydia Senrose mengakui baru-baru baru ini ada sedikit salah faham dengan Qi sehingga menyebabkan pergaduhan tercetus di sebuah pusat membeli belah dan disaksikan para peminat yang terus tertanya tanya apakah punca sebenar pertengkaran mereka.

“Saya tidak terkejut sama sekali isu ini timbul kerana ia perkara normal dan ianya berlaku sangat pantas. Pada saya, normal jika sepasang kekasih berselisih faham tetapi perselisihan faham itu bukan kerana hubungan kami ada masalah, sebaliknya kerana isu luar yang lain,” ujarnya.

Difahamkan pasangan ini bergaduh sehingga Nelydia Senrose menangis di khalayak ramai namun pelakon ini berkata hubungannya dengan Qi Razali baik baik sahaja dan harap peminat yang terlihat insiden itu tidak salah faham


Kredit : raisyyahrania.blogspot.mx
Neymar menitiskan air mata

Neymar menitiskan air mata

Neymar menitiskan air mata-ketika mendedahkan bahawa dia nyaris lumpuh akibat kecederaan yang dialami ketika menetang Colombia pada suku akhir Piala Dunia.
 
Neymar Menangis ehsan mStar Online

Neymar Menangis ehsan mStar Online
Pada masa sama, Neymar yang pertama kali hadir di hadapan media selepas mengalami keretakan tulang belakang turut mempertahankan jurulatih negara itu, Luiz Felipe Scolari yang dikritik pelbagai pihak.

Neymar menitiskan air mata

@AP Photo

Neymar ketika menemui rakan sepasukan yang sedang menjalani latihan. Foto @AP

Neymar ketika menemui rakan sepasukan yang sedang menjalani latihan. Foto @AP
Pemain berusia 22 tahun itu juga mendedahkan bahawa pemain Colombia, Juan Zuniga telah menelefonnya dan meminta maaf ekoran insiden tersebut.
“Zuniga telah menghubungi beberapa hari lepas untuk meminta maaf dan memberitahu dia tidak sengaja mencederakan saya.
“Saya terima maaf itu tetapi tidak dapat menerima tindakan itu sebagai sesuatu yang biasa berlaku.
“Saya berterima kasih kepada tuhan kerana terselamat daripada terus lumpuh kerana jarak keretakan berlaku satu inci daripada kawasan bahaya,”
katanya.

@AP/Getty Images
@AP/Getty Images

kredit: http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2014/07/11/neymar-menangis/