Aplikasi permesejan "mobile gadget" adalah salah satu saluran perhubungan pilihan (selain dari sms, panggilan suara dan video)
kepada para pengguna alat elektronik mudah alih seperti tab yang
berkeupayaan telefon serta telefon pintar. Kebanyakkan jenama atau
syarikat yang mewujudkan aplikasi ini menawarkan khidmat percuma (dengan
terma dan syarat tertentu).
Salah satu aplikasi yang sedang hangat dan terlajak popular pada masa
kini ialah WhatsApp. Di dalam WhatsApp, selain daripada "chat" individu,
ia turut menawarkan chat berkumpulan. Ini bermakna sesiapa yang
menyertai atau berdaftar dengan kumpulan chat tertentu di dalam WhatsApp
akan menerima sebarang kemaskini dari semasa ke semasa.
Anda akan mengetahui adanya cerita dan perkembangan terkini kumpulan
tertentu di dalam WhatsApp dengan adanya bunyi tertentu pada peralatan
anda. Ini ada ketikanya menggangu tumpuan dan emosi anda jika anda
menyertai kumpulan yang cergas berborak. Malah lebih malang lagi jika
tab atau telefon anda tidak dapat menampung keperluan memori atau
kelajuan proses pada ketika itu, menyebabkan tab atau telefon menjadi
"hang" (tergantung / terhenti).
Jika anda tidak mahu lagi mengambil bahagian dalam chat berkumpulan pada
Whatsapp, anda boleh keluar dengan mudah dari kumpulan berkenaan dengan
melakukan seperti berikut:
1. Aktifkan aplikasi "Whatsapp"
2. Pada senarai berbual (chat), ketik (klik) sekali secara
berterusan dalam jangka masa beberapa saat pada nama kumpulan yang anda
ingin meninggalkannya.
3. Ketik "Delete and exit Group" untuk meninggalkan kumpulan chat.
Kredit
0 Response to "Cara keluar dalam Group WhatsApp"
Post a Comment