
Tutku adalah biskut tradisional negara Turkey berbentuk seperti roda yang menarik dengan inti coklat cair. Kanak-kanak pastinya sangat menyukainya. Dewasa sering mengidamkan biskut ini. Ia kelihatan hebat dan comel di atas pinggan untuk dijadikan sebagai makanan ringan pada waktu pagi atau minum petang.
Dalam artikel
kali ini saya berkongsikan resepi dengan pembaca akan resepinya. Sukar
juga saya mencari dan merujuk dari pelbagai sumber dan akhirnya saya
bertanya kepada seseorang dari luar negara. Dia adalah seorang Muslim
Jerman yang ada perkaitan dengan negara Turkey. Terima kasih kepada
beliau atas resepi yang diberitahu olehnya pada saya.
Asalnya di
dalam bahasa Inggeris serta mungkin ada bahasanya yang tidak tepat
tetapi saya cuba terjemahkannya dan membuat penambahbaikkan mengikut
pemahaman saya ke dalam bahasa Melayu sebaik mungkin. Mohon maaf andai
ada bahagian penerangan yang anda kurang faham.
Bahan-bahan
1 biji telur
2 sudu besar krim cecair
1 sudu besar tepung jagung
150 gr. marjerin (suhu bilik)
1/2 cawan serbuk gula
2.5 cawan tepung
Ekstrak vanila 1 sudu teh
1 paket serbuk penaik
1 secubit garam
Nutella (coklat)
2 sudu besar krim cecair
1 sudu besar tepung jagung
150 gr. marjerin (suhu bilik)
1/2 cawan serbuk gula
2.5 cawan tepung
Ekstrak vanila 1 sudu teh
1 paket serbuk penaik
1 secubit garam
Nutella (coklat)
Cara Membuat :
1. Campurkan telur, krim, garam, marjerin, tepung jagung, gula, vanila dan serbuk penaik, secara beransur-ansur.
2. Kita mendapat doh yang lembut, tetapi tidak melekat di telapak tangan anda.
3. Ambil "segumpal" kecil doh berkenaan. Tekan doh sehingga kepingan menjadi lebih kurang sebesar kacang walnut.
4. Letakkan 1 sudu kecil Nutella di tengah-tengah kepingan doh berkenaan dan teruskan dengan helaian doh yang lain.
Bentuk biskut ini terpulang pada anda sendiri sama ada ingin mengikut
bentuk seperti di dalam gambar di atas atau bentuk lain.
5. Untuk membakarnya, letakkan doh berinti coklat Nutella di atas dulang pembakar yang disapu sedikit minyak masak dan bakar ia dalam ketuhar pada suhu 170 darjah selama 15 ke 20 minit atau sehingga keperangan.
Kredit
0 Response to "Cara buat biskut Tutku dari negara Turkey "
Post a Comment